Katakanlah

Sesuatu Yang Pasti

 


Salam, 

Manusia memang suka kepada keindahan, merakamkan photo kenangan dimana mana. Selagi hayat di kandung badan, selagi hidup masih terdaya. Tapi suasana indah itu akan berakhir, kita semua akan berpisah. Keluarga yang dulunya begitu erat akan kehilangan ahlinya satu persatu satu. Meninggalkan anak cucu , meninggalkan saudara mara.

Akan bertemukah kita nanti, akan eratkah anak cucu kita bersatu setelah ditinggalkan. Semuanya menjadi tanda tanya dimasa akan datang.

Firman Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (pada zaman jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Ali Imran: 103)


 

 

Cubaan Kembali

 Salam,

Kali ini aku mencuba untuk kembali menulis blog di penghujung tahun 2021



Tadi jumpa kawan lama di hotel lama tempat aku bekerja. Dalam perbualan singkat tak dapatlah bercerita panjang kerana masa tidak mengizinkan

Sesuatu Yang Pasti

  Salam,  Manusia memang suka kepada keindahan, merakamkan photo kenangan dimana mana. Selagi hayat di kandung badan, selagi hidup masih ter...